20180129-30 Gimnastik Artistik Peringkat MSSB KK

20180129-30 Kejohanan Gimnastik Artistik Peringkat MSSB KK 2018

Seramai 62 orang murid yang mengikuti kejohanan gimnastik artistik peringkat MSSB  bertempat di Dewan Gimnastik Kompleks Sukan Likas pada 29 hingga 30 Januari 2018. Pertandingan ini dikelolakan oleh SK Stella Maris (M). Pengerusi Teknik peringkat Negeri ialah Cik Noraini Jamlan manakala Pengerusi Teknik peringkat Bahagian ialah Puan Siti Noorsuhana Noortaip. Mereka juga merupakan guru daripada SK Stella Maris (M) yang amat berpengalaman dalam Kejohanan Gimnastik dan telah melatih banyak ahli gimnas yang berpotensi.

Terdapat 4 orang murid yang mewakili murid daripada SK Stella Maris(M). Mereka ialah Tyler Jordan Lajanty, Rosmary Richard Saupil, Eathel Charlize dan Nur Aqilah Binti Rozaidy. Tyler mendapat tempat ke-6 dalam acara individu dan merupakan salah seorang murid yang akan pergi ke MSSS Gimnastik Artistik yang juga bertempat di Kompleks Sukan Likas pada 5,6 dan 7 Januari 2018.

Hirzi yang juga merupakan Ex-Stellarian mendapat nombor 1 dalam keseluruhan acara gimnastik artistik.

Cik Noraini Jamlan membuat sedikit taklimat untuk murid yang mewakili MSSB Barat sebelum masuk ke MSSN Sabah sejurus selepas upacara penyampaian hadiah berakhir.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply