11 April 2026 – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG kali ke-25 tahun 2026 SMK Taman Tun Fuad sempena sambutan Jubli Perak telah dijalankan bertempat di dewan Taman Tun Fuad. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berbincang antara satu sama lain berkenaan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka, memaklumkan segala aktiviti atau program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa atau penjaga, membudayakan amalan pengurusan KBAT dalam jawatan kuasa PIBG sekolah dan membuat pemilihan barisan AJK PIBG yang baharu bagi sesi 2026/2027. Matlamat utama penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini yang telah ditubuhkan pada tahun 2001 adalah untuk menjalinkan kerjasama dalam kalangan ibu bapa murid, komuniti setempat dan warga pendidik SMK Taman Tun Fuad selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam anjakan ke-9.
Majlis yang dirasmikan oleh En. Lammohad bin Ladari, Pegawai Kaunselor Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah dihadiri oleh warga pendidik SMK Taman Tun Fuad yang dipimpin oleh Pn. Halija binti Hj. Jonggang, pengetua SMK Taman Tun Fuad, barisan Exco PIBG yang diketuai oleh Prof. Dr. Morni bin Kambrie dan Yang Di Pertua PIBG, Ustaz Makrup bin Tammu, Naib Yang Di Pertua PIBG 1, dan ibu bapa murid SMK Taman Tun Fuad.
Antara pengisian program ialah ucapan alu-aluan pengetua, ucapan perasmi, penyampaian sijil AJK PIBG sesi 2025/2026, penyampaian cenderahati, ceramah “Mendidik Anak Era Digital” yang disampaikan oleh Prof.Dr. Hjh. Arsiah binti Hj. Bahron, Profesor Kehormat, Fakulti Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Selangor, mesyuarat agung, pembentangan minit dan laporan kewangan, pembentangan usul, pembubaran AJK PIBG sesi 2025/2026, pengumuman AJK baharu 2026/2027, ucapan penangguhan dan cabutan tiket bertuah.











Cabutan tiket bertuah

