29 Jun 2022 – Kejohanan Sukan Balapan dan Padang serta Sukantara merupakan salah satu aktiviti Kokurikulum yang dijalankan setiap tahun. Kejohanan sukan SMK Taman Tun Fuad kali ke-21 ini yang bertemakan “Kokurikulum Pemangkin Murid Cemerlang” diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 28-29 Jun 2022 bertempat di Stadium Penampang. Sebanyak 13 acara telah dipertandingkan termasuk acara untuk murid-murid PPKI iaitu 100 m lelaki dan perempuan serta 50 m perempuan. Perbarisan lintas hormat telah disertai oleh pasukan pembawa bendera kejohanan, pasukan Pandu Puteri, pasukan PPKI, pasukan Kuning Diraja, pasukan Biru Bayu, pasukan Hijau Tropika dan pasukan Merah Bara. Keputusan keseluruhan mencatatkan rumah Merah Bara sebagai Johan, rumah Biru Bayu tempat kedua, rumah Kuning Diraja tempat ketiga manakala rumah Hijau Tropika tempat keempat. Perbarisan lintas hormat pula dimenangi oleh rumah Merah Bara. Atlet terbaik lelaki A jatuh kepada adik Mohd Darrel Howard (rumah Kuning Diraja), atlet terbaik lelaki B ialah adik Syed Mohd Mukrish Aimil (Rumah Biru Bayu), atlet terbaik perempuan B ialah adik Lyta Ornella Fred (rumah Merah Bara) dan atlet terbaik perempuan A ialah adik Sania Elia (rumah Kuning diraja). Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada perasmi, iaitu Puan Aryanie Bt Arshad (Yang Di Pertua PIBG) dan semua Exco PIBG yang bersama-sama hadir meraikan majlis sukan sekolah.
ACARA SUKANTARA
ACARA LARIAN
ACARA PERBARISAN LINTAS HORMAT
PASUKAN PPKI (ACARA PERBARISAN LINTAS HORMAT) DAN LARIAN
(100M LELAKI & PEREMPUAN SERTA 50M PEREMPUAN)
UCAPAN PERASMIAN OLEH YDP PIBG
(PN. ARYANIE BT ARSHAD)