Kejohanan Catur Sekolah Rendah Peringkat MSSD Kota Kinabalu Tahun 2022

Kejohanan Catur Sekolah Rendah Peringkat MSSD Kota Kinabalu Tahun 2022

1 Julai 2022 – SMK Taman Tun Fuad, tuan rumah Kejohanan Catur Sekolah Rendah Peringkat MSSD Kota Kinabalu pada kali ini telah mendapat sambutan penyertaan daripada sekolah-sekolah rendah dalam PPD Kota Kinabalu.  Sebanyak 27 buah sekolah dan seramai 188 orang murid telah menyertai kejohanan pada kali ini.  Kejohanan Catur ini merupakan program tahunan Sektor Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dibawah kelolaan unit sukan. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Fuad telah diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan catur sekolah rendah kategori  lelaki bawah 12 tahun dan kategori perempuan bawah 12 tahun.  Kejohanan ini sangat releven dengan kehendak Kementerian Pendidikan iaitu untuk mencungkil bakat dan mengetengahkan bakat-bakat baru serta mengasah bakat-bakat sedia ada dan membentuk peribadi murid sejajar dengan JERIS yang ditekankan dalam sistem pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, adik Jananni A/P Thaneshkumar dari SJK (C) Chung Hwa Likas mendapat Johan bagi kategori perempuan bawah 12 tahun, adik Muhammad Yusuf Syafi Yusrizan dari SK Mutiara mendapat Johan bagi kategori lelaki bawah 12 tahun, adik Marsahlisa Adira Herman dari SK Tombongon telah merangkul gelaran pemain terbaik kategori perempuan bawah 12 tahun (Tahap 1), manakala adik Tharun A/L Thanesh Kumar dari SJK(C) Chung Hwa, Likas  sebagai pemain terbaik kategori lelaki bawah 12 tahun (Tahap 1).  Johan keseluruhan perempuan bawah 12 tahun telah dimenangi oleh SK Tombongon manakala johan keseluruhan kategori lelaki bawah 12 tahun dimenangi oleh SJKC St. Peter Telipok.  Tahniah dan syabas kepada semua pemenang. 

Pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Mohd Aizan Bin Ermando, Penolong Pegawai Pendidikan Unit Hal Ehwal Murid PPD Kota Kinabalu kerana sudi hadir dalam majlis perasmian penutupan kejohanan catur pada kali ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply