Lazrie Menang Tempat Ketiga dalam Kejohanan Badminton Sekolah Menengah MSSD Kota Kinabalu Kategori Perseorangan Lelaki Bawah 18 Tahun 2022

Lazrie Menang Tempat Ketiga dalam Kejohanan Badminton Sekolah Menengah MSSD Kota Kinabalu Kategori Perseorangan Lelaki Bawah 18  Tahun 2022

28 Jun 2022 – SMK Taman Tun Fuad telah menghantar penyertaan untuk perseorangan Lelaki bawah 18 dan bawah 15.  Nasib amat menyebelahi wakil pemain SMK Taman Tun Fuad pada tahun ini apabila Lazrie Madishah B Lakamagi mendapat tempat ke-3 bagi acara Perseorangan Bawah 18 yang berlangsung di SM Tinggi KK pada 27-28 Jun 2022.  Dia telah menewaskan pemain dari SM St Peter Telipok pada pusingan pertama dengan mata 21:7, 21:7 sementara pada pusingan kedua, Lazrie bertemu dengan pemain dari SM Tinggi KK dan menang sekali lagi dengan mata 21:19, 24:22.  Dia mara ke suku akhir dan bertemu dengan pemain dari SM Lok Yuk dan berjaya  menewaskannya dengan mata 21:13, 21: 16.  Seterusnya di pusingan separuh akhir, Lazrie bertemu dengan pemain SM All Saints yang juga merupakan johan perseorangan bawah 18 tahun 2022 dan telah tewas dengan mata 10:21, 17:21.  Kejohanan badminton bawah 15 pula berlangsung di SM Lok Yuk, KK.  Syabas diucapkan kepada wakil sekolah dan semoga terus cemerlang pada masa akan datang.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply