7 Mac 2026 -Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sesi 2026 telah diadakan di Dewan Sekolah dengan suasana yang teratur dan penuh semangat kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah. Kehadiran ahli PIBG menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha bersama untuk meningkatkan kebajikan serta kecemerlangan murid-murid.

Mesyuarat tersebut telah diketuai oleh  Pengerusi PIBG, Encik Sofian Koh bersama guru besar ,Encik ANdrew Chong dan barisan ahli jawatankuasa PIBG. Pelbagai perkara penting telah dibincangkan khususnya berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh pihak sekolah dan murid-murid.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah mengenai kebajikan murid, kerjasama antara ibu bapa dan guru, serta cadangan penambahbaikan kemudahan dan aktiviti sekolah.

Selain itu, para ahli yang hadir juga diberikan peluang untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan idea bagi membantu pihak sekolah menangani cabaran yang dihadapi. Perbincangan yang dijalankan berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat muafakat.

 

Leave a Reply