Pelajar-pelajar SJKC St. James telah mencapai kejayaan gemilang dalam Kejohanan Wushu Negeri Sabah 2025 yang dianjurkan oleh Persatuan Wushu Negeri Sabah (2017) pada 14 hingga 15 September 2025.
Antara bintang yang menyerlah ialah:
- Javier Tsen Yu Hong, yang berjaya meraih 1 pingat emas dan 2 pingat perak dalam kategori Group C Male Chang Quan, Group C Male Daoshu dan Group C Male Gunshu.
- Javven Tsen Yu You, mempamerkan aksi cemerlang dengan membawa pulang 2 pingat emas dan 1 pingat perak dalam kategori Group C Male Chang Quan, Group C Male Daoshu dan Group C Male Gunshu.
- Krystabelle Kang Yu Han, membuktikan kehebatannya dengan menggondol 3 pingat emas dalam kategori Group C Female Chang Quan, Group C Female Daoshu dan Group C Female Gunshu.
- Foo Zhen Heng, turut cemerlang dengan memperoleh 3 pingat emas dalam kategori Group B Male Nan Quan, Group B Male Nan Dao dan Group B Male Nan Gun.
- Chan Chee Teik, menamatkan kejohanan dengan prestasi membanggakan apabila turut membawa pulang 3 pingat emas dalam kategori Group C Male Nan Quan, Group C Male Nan Dao dan Group C Male Nan Gun.
Kejayaan luar biasa ini membuktikan bakat, disiplin, dan dedikasi tinggi pelajar-pelajar SJKC St. James dalam arena sukan wushu serta mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri.


