Pada 3 September 2025, Panitia Bahasa Inggeris SJKC St. James telah mengadakan aktiviti St. James Mini Zoo sejajar dengan tajuk Unit 3: Pets Show Supermind Year 1 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid Tahun 1 dan 2 untuk mengenali pelbagai haiwan peliharaan secara dekat sambil menggunakan frasa asas Bahasa Inggeris. Melalui interaksi ini, murid dapat mempraktikkan kemahiran bertutur dan mendengar melalui pengenalan haiwan menggunakan frasa asas, di samping memperkukuhkan pemahaman struktur bahasa dalam suasana yang menyeronokkan. Secara tidak langsung, murid juga merekod data dengan membuat pemerhatian dan mencatat maklumat asas tentang haiwan.
Secara keseluruhannya, aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan murid untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, malah menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.


