Pada 6 Mei 2020, Jam 2.00 petang Mesyuarat Guru SMK Pulau Gaya secara Maya dengan media Google Meet telah berlangsung. Mesyuarat secara maya digunakan kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi seluruh negara akibat wabak Covid19 yang melanda negara dan dunia. Mesyuarat secara maya yang pertama melibatkan semua Guru-guru SMK Pulau Gaya telah di pengerusikan oleh puan Kinit Tagok, Pengetua SMK Pulau Gaya.





