Sukan Tahunan SMK Pulau Gaya Kali Ke 25

Sukan Tahunan SMK Pulau Gaya Kali Ke 25

Sukan Tahunan SMK Pulau kali ke 25 telah diadakan di Stadium Likas pada 12 Mac 2020. Acara 1500m terbuka kategori Lelaki dan Perempuan ialah acara pertama di lepaskan pada seawal jam 7.00 pagi lagi. Semua guru bertugas sebagai pegawai teknikal dan hakim acara sepanjang sukan tahunan ini, Pelajar- pelajar SMK Pulau Gaya menyertai 26 acara balapan serta acara perbarisan. Acara balapan yang lain seperti 100M, 200M, 400M, 800M, 4 x 100M dan 4 x 400M untuk semua kategori Lelaki A, Lelaki B, Perempuan A dan Perempuan B.

Bagi acara padang pula, ia telah diadakan lebih awal di persekitaran sekolah pada 27 dan 28 Februari 2020. Dalam acara padang, ianya melibatkan 20 acara iaitu Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Merejam Lembing, Lontar Peluru dan Melempar Cakera untuk semua kategori Lelaki A, Lelaki B, Perempuan A dan Perempuan B.

Tahniah Kepada semua penyokong, peserta dan pemenang serta Rumah Sukan yang berjaya. Kita jumpa lagi di acara yang akan datang.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply