23/0  9/2020 (Rabu), Taklimat Pelaksanaan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Sekolah Menengah (PKLSM) tahun 2020 untuk SMK Pulau Gaya kepada guru-guru yang terlibat. Taklimat disampaikan oleh penyelaras PKL sekolah iaitu En. Hadri Aman. PKLSM akan dilaksanakan pada semua murid tingkatan 1, 2 dan 3 secara dalam talian. PKL SMK Pulau Gaya dirancang akan diadakan dari 25 September hingga 25 Oktober 2020, melibatkan 30 murid sehari bergantung kepada bilangan Netbook sekolah yang ada.
PKL adalah inisiatif membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid khususnya dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Literasi Kewngan. PKLSM bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan guru dan murid untuk menghadapi pentaksiran antarabangsa iaitu Trend In Mathematic And Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA).

Kehadiran Taklimat PKL SMK Pulau Gaya:

  1. Penolong Kanan Pentadbiran
  2. Ketua Bidang Sains dan Matematik (Penyekaras PKL)
  3. Ketua Bidang Bahasa
  4. Ketua Panitia Sains
  5. Ketua Panitia Matematik
  6. Ketua Panitia Bahasa Melayu
  7. Guru ICT

 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan