Pada 19 Januari 2026( Isnin), perhimpunan khas pembukaan sekolah SJK( C ) St.James bagi sesi persekolahan 2026 telah diadakan dengan penuh semangat. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Chee Chi Hiung, Pengerusi Lembaga Sekolah bersama Datuk Dexter Lau, Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong yang juga selaku Penasihat PIBG sekolah.
Perhimpunan ini dikendalikan oleh Guru Besar, Encik Andrew Chong yang turut memperkenalkan barisan Ahli Lembaga Sekolah serta Jawatankuasa PIBG yang dipengerusikan oleh Encik Sofian Koh selaku Pengerusi PIBG bersama penasihat PIBG sekolah iaitu Puan Josephine Lai dan Datuk Chee Chi Seng.
Turut diadakan ialah upacara angkat sumpah barisan pengawas sekolah sebagai simbol amanah dan tanggungjawab. Perhimpunan ini bertujuan memberi pendedahan tentang kepimpinan sekolah serta menyuntik semangat kepada murid-murid untuk memulakan sesi persekolahan 2026 dengan azam baharu.



