Minggu pertama persekolahan tahun 2026 di SJKC St James berlangsung dengan suasana yang ceria dan menyeronokkan. Murid-murid hadir ke sekolah dengan wajah gembira dan penuh semangat untuk memulakan sesi pembelajaran baharu.

Sepanjang minggu tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti lipatan origami, aktiviti mewarna Jalur Gemilang dan logo sekolah, nyanyian, permainan Sudoku serta permainan bahasa.  Murid-murid sangat teruja dan mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti yang disediakan.

Selain itu, ceramah ringkas berkaitan kokurikulum dan disiplin telah diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum serta menjaga disiplin dan sahsiah diri di sekolah.

Program Guru Penyayang turut diadakan sebagai tanda sambutan dan kasih sayang guru kepada murid. Sikap mesra dan perhatian yang diberikan oleh guru-guru membuatkan murid berasa selesa, dihargai dan semakin bersemangat untuk ke sekolah setiap hari.

Selain itu, polis bantuan sekolah juga hadir ke sekolah bagi memantau keadaan dan memastikan keselamatan murid terjamin. Kehadiran mereka memberi ketenangan kepada semua warga sekolah.

Secara keseluruhan, program minggu pertama persekolahan ini berjalan dengan baik dan berjaya mewujudkan suasana sekolah yang positif, ceria dan selamat untuk murid-murid.

 

filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; brp_mask:0;
brp_del_th:null;
brp_del_sen:null;
delta:null;
module: photo;hw-remosaic: false;touch: (0.5663489, 0.6083926);sceneMode: 8;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 0.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: -1;weatherinfo: null;temperature: 35;

 

 

 

Leave a Reply