Pada 1 Julai 2025, Dewan SJKC St. James bergema dengan sorakan dan tepukan apabila murid-murid berbakat memukau penonton dalam Pertandingan Menyanyi Peringkat Sekolah sempena Minggu Muzik SJKC St. James.
Pertandingan ini bukan sekadar mencari juara, tetapi juga bertujuan mencungkil potensi terpendam dalam kalangan murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Ia menjadi pentas untuk mereka membina keyakinan diri, menzahirkan keberanian, dan mengembangkan bakat dalam seni nyanyian.
Tahun ini menyaksikan sambutan yang sungguh menggalakkan ramai murid tampil penuh semangat, mempersembahkan lagu-lagu dari pelbagai genre yang mencuit hati dan menghiburkan. Ada yang menyanyi dengan penuh penghayatan, ada pula yang memikat dengan aksi bertenaga. Suasana dewan bertukar menjadi pentas mini konsert yang meriah, dengan sokongan padu daripada guru-guru, ibu bapa, dan rakan-rakan yang setia memberi semangat.
Menambah seri acara, barisan juri jemputan yang berpengalaman dan profesional telah dilantik untuk menilai setiap persembahan dengan teliti. Hasilnya, enam orang pemenang terbaik telah dipilih bagi setiap tahap berdasarkan mutu persembahan mereka yang menyerlah.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Syabas juga kepada semua peserta yang berani melangkah ke pentas. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar di masa hadapan. Siapa tahu, mungkin bintang masa depan lahir dari pentas kecil ini?


