Pertandingan National Robotics Competition 2025 yang berlangsung di SMK Lok Yuk Likas pada 12 dan 13 Ogos telah menyaksikan pencapaian membanggakan daripada murid-murid SJKC St. James.
Dalam kategori Robomission Junior, pasukan Yap Chok Tong, Wesley Hong En Loh dan Anthony Chiu Shinlip berjaya meraih tempat kedua, manakala Matthian Chang Khai Ze, Asher Wong Jet Nyen dan Jasper Liaw Yu Khang muncul sebagai juara. Bagi Robomission Pro, Timothy Tong Chun Yung, Ryan Lau Ju Hon dan Alexander Chiu Shinkai mendapat naib johan, manakala Matthias Kong Qi Feng, Slyvia Lim Xi Yan dan Lim Yi Heng mengungguli kejohanan dengan meraih tempat pertama.
Dalam kategori Robo Sport, Samuel Isaac Lukas, Annabelle Wong Yui Xin dan Dylan Kiu Shi Qi meraih tempat ketiga, sementara Tristan Christopher Chung Shen Heng, Ean Lee Yii Tze dan Moses Mejon Zhang muncul sebagai juara.
Pencapaian ini membuktikan bakat, kreativiti dan semangat juang tinggi murid SJKC St. James, sekali gus mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri.







