10 September 2025 – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1447H / 2025M telah berlangsung pada Rabu, 17 Rabiulawal 1447H bersamaan 10 September 2025 di di Dewan Tun Fuad, SMK Taman Tun Fuad. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dan memberi kefahaman mengenai perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga 4. Sambutan dimulakan dengan perarakan melibatkan semua warga sekolah. Para hadirin turut disajikan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mazhair Shahroz Bin Muhasip dari SMK Inanam. Sambutan Maulidur Rasul bukan sahaja memperingati hari kelahiran Rasulullah SAW, malah menjadi wadah terbaik untuk umat Islam meneladani kehidupan Baginda, menelusuri perjuangan serta menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Dengan itu, Sambutan Maulidur Rasul ini diharap dapat mencapai matlamat untuk menerapkan nilai-nilai murni dan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian khususnya para pelajar SMK Taman Tun Fuad.





