Minggu Matematik 2025 penuh aksi & ilmu!
Dari 7–11 Julai, SJK(C) St. James bergema dengan sorakan, tawa, dan cabaran minda sempena Minggu Matematik 2025!
Aktiviti seperti Pertandingan Matematik Olimpiad, Sudoku dan gerai Matematik interaktif yang mempunyai pelbagai permainan, teka-teki dan aktiviti berasaskan Matematik berjaya mencuri perhatian murid Tahap 1 & 2. Mereka bukan saja mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan logik, tetapi juga belajar bekerjasama dan berani mencuba.
Secara keseluruhannya, Minggu Matematik 2025 berjaya mencetuskan semangat cintakan Matematik dalam kalangan murid.
Tahniah kepada semua peserta dan guru yang menjayakan program ini. Semoga semangat cinta Matematik terus menyala!


