Pada 28 September 2020 yang lalu, satu ceramah kesihatan mental (Mental Awareness) telah diadakan di SK St. Francis Convent (M) yang diwakili oleh penceramah, Dr. Ryna Imma Buji, Pakar Psikiatri Klinikal dan dibantu oleh Facilitator, Dr. Vasanthi Selvaraju. Kedua-dua mereka adalah wakil dari Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP). Sepanjang ceramah tersebut, murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai informasi yang menarik dan berguna.


