
Sekali lagi adik Mohammad Mezlansha Bin Abdul Zal mendapat pingat dalam Kejohanan Golf. Tuah memihak kepada adik Mezlansha apabila berjaya mendapat kedudukan tempat kelima dalam kejohanan Golf MSS Peringkat Negeri Sabah Bawah 12, 15 dan 18 Tahun (Lelaki/Perempuan) bagi kategori bawah 12 Tahun (Lelaki). Kejohanan ini berlangsung di Nexus Golf Resort Karambunai pada 11 dan 12 Februari 2020.

