Nama program: Karnival Stem
Tarikh: 16 Mac 2018
Tempat: SMK SANZAC
Penganjur: Bidang Sains dan Matematik
Peringkat: Sekolah
Bidang: Science, Technology, Engineering, Mathematics
Para pelajar telah bertanding untuk membina bangunan paling tinggi menggunakan surat khabar, membina catapult menggunakan kayu aiskrim dan getah yang boleh melemparkan guli dengan jauh, membina jambatan gantung menggunakan straw dan tali rafia yang boleh menahan beban, serta membina roket air yang boleh menghampiri target.
Karnival ini memberikan pendedahan kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu STEM dalam kehidupan seharian, meneroka kreativiti para pelajar dan memberi pendedahan akan kepentingan “Science to Action”.



