Rabu 14 Mac – Pertandingan nasyid peringkat daerah telah diadakan di SMKA Tun Ahmad Syah. Pasukan nasyid SK Tobobon mendapat tempat ketiga. Seramai 7 orang murid terlibat yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Pasukan nasyid yang diberi nama SHOUTUL IKHWAN ini mendapat bimbingan daripada Ustazah Nur hafizah Jaafar, Ustazah Asiahtul Karimah dan Ustaz Redzuan. Tahniah untuk pasukan nasyid SK Tobobon.



