Kunjungan kasih ke rumah murid SK Likas.

Kg. Suang Parai, 10 Ogos 2018 – Satu kunjungan ke rumah adik Fakrul, salah seorang murid SK Likas yang mana bapanya mengidap penyakit kronik. Kunjungan diketuai oleh Tuan Guru Besar En. Mohd Jaimie Hj. Mosliem, AJK PIBG, Penolong Kanan serta guru bimbingan. Sedikit bantuan telah disampaikan oleh tuan guru besar hasil dari komuniti sekolah. Usaha murni ini adalah salah satu kerjasama antara pihak sekolah & ibu bapa. Syabas diucapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *