Terima kasih buat Hajjah Ramlah Binti Yussof dengan segala titikpeluh semasa bertugas di PPD Kota Kinabalu, selamat bertugas di tempat baru.

Selamat Bertugas Di Tempat Baru Hajjah Ramlah Binti Yussof

Bengkel daripada Unit Pengurusan Maklumat & ICT yang bertujuan untuk mengumpul semua laporan aktiviti di portal PPD Kota Kinabalu.Bengkel ini telah dihadiri oleh semua Ketua Sub PLC Penyelaras Bestari ICT PPD Kota Kinabalu dimana nanti mereka akan membuat bengkel dalam Sub PLC Bestari ICT mereka masing masing.Selama ini aktiviti penting di sekolah sampai ke peringkat Antarabangsa tidak dapat dikumpul dalam satu database yang sama dan kini PPD Kota Kinabalu akan memastikan semua bahan penting itu dapat dicari di Portal PPD Kota Kinabalu untuk rujukan PPD, Pengetua dan Guru Besar akan datang.Bengkel yang bermula jam 9 pagi dan berakhir dengan beberapa perbincangan antaranya :-  Ucaptama PPD berkaitan KPI VLE  Pembudayaan email rasmi 1GOVUC  Mini Karnival Bestari ICT setiap Sub PLC 

Bengkel Dokumentasi Portal PPD Kota Kinabalu Untuk Penyelaras Bestari

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan tujuh Pekeliling Perkhidmatan dan satu Surat Pekeliling Perkhidmatan yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 untuk makluman dan rujukan. Pekeliling-pekeliling yang berkaitan ialah seperti berikut : i. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2017 Kemudahan Cuti Umrah - Maksimum 7 hari Cuti Tanpa Rekod sekali sepanjang tempoh perkhidmatan ii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2017 Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di Agensi Kerajaan Persekutuan - WP4 : 9.00 pagi hingga 6.00 petang, pulang 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2017 Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam - Kelayakan Cuti Bersalin Bergaji Penuh ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari iv. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2017 Bayaran Khas Tahun 2017 - Bayaran RM1000.00 pada 8 Januari 2018 v. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2017 Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 - Bayaran RM500.00 pada 7 Jun 2018 vi. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2017 Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana - Pegawai yang berada 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat boleh dinaikkan pangkat secara KUP ke lapisan kedua gred kenaikan pangkat berdasarkan TBBK vii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2017 Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung - Pegawai wanita mengandung 5 bulan dan ke atas & pasangan (penjawat awam), tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan masing-masing viii. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 Kebenaran Gantian Cuti Rehat (GCR) Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan - Hanya GCR yang melebihi 150 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat dan boleh digunakan secara sekaligus ataupun berperingkat dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan -Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Daripada :-  Unit Pentadbiran  Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tujuh Pekeliling Perkhidmatan Yang Baharu Berkuatkuasa Mulai 1 Januari 2018

Senarai Buku Teks 2018

Maklumat daripada Unit Pembangunan Kemanusiaan :- Ini adalah Senarai Buku Teks Untuk 2018, moga dengan ada senarai ini akan dapat membantu pihak sekolah dan ibubapa mendapatkan info untuk Buku Teks anak…

"Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca"

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan kumpulannya telah turun membuat pemantauan awal tahun pada 2 dan 3 Januari 2018 di Sekolah Rendah Gudon, Sekolah Rendah Darau, Sekolah Menengah Bandaraya dan Sekolah Menengah St Peter Telipok. Pemantauan yang bertujuan memastikan sekolah telah bersedia menghadapi musim persekolahan 2018 

Pegawai Pendidikan Daerah Minggu Pertama Awal Persekolahan 2018

Antara Suasana Pemantauan Awal Tahun Persekolahan PPD Kota Kinabalu 2018 

[ngg_images source="galleries" display_type="photocrati-nextgen_basic_thumbnails" override_thumbnail_settings="0" thumbnail_width="240" thumbnail_height="160" thumbnail_crop="1" images_per_page="20" number_of_columns="0" ajax_pagination="0" show_all_in_lightbox="0" use_imagebrowser_effect="0" show_slideshow_link="1" slideshow_link_text="[Show slideshow]" order_by="sortorder" order_direction="ASC" returns="included" maximum_entity_count="500"]

Pemantauan Persekolahan Awal Tahun 2018

Hari Keluarga PPD Kota Kinabalu

Hari Keluarga PPD Kota Kinabalu yang telah dilaksanakan di Tanjung Aru Beach dengan kehadiran hampir 200 orang ahli keluarga PPD Kota Kinabalu. Antara acara acara dalam Hari Keluarga PPD Kota…