Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah @ SMK Taman Tun Fuad

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah @ SMK Taman Tun Fuad

16 April 2024 – SMK Taman Tun Fuad telah melakar peristiwa kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dengan mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Taman Tun Fuad 2024.  Kejohanan merentas desa ini merupakan sukan individu dan berpasukan yang dinilai berdasarkan masa individu dan markah keseluruhan bagi pasukan . Pelaksanaannya  bermula pada pukul 6.40 pagi dan ditamatkan pada jam 11.00 pagi. Kekuatan program ini adalah kerana ianya telah melibatkan semua warga sekolah yang terdiri daripada guru , Anggota Kumpulan Pelaksana sekolah (AKP) , Pegawai Perhubungan Polis Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan beberapa Agensi luar lain.

Membina permuafakatan dengan slogan  ‘mengorak Langkah sederap seirama’, pihak pengurusan dan semua warga sekolah telah berjaya melaksanakan kejohanan ini dengan jayanya. Pelaksanaan program  ini , bertujuan untuk mencapai beberapa matlamat . Fokus utama ialah untuk membina kecergasan fizikal dan mental murid. Selain memupuk persaingan yang sihat, aktiviti merentas desa ini berjaya mencungkil bakat dan menjulang atlit yang hebat ke peringkat daerah, bahagian, negeri serta kebangsaan.

Semua murid dilibatkan bagi melahirkan murid yang sihat dan cergas.  Semangat kesukanan murid diberi keutamaan.Justeru itu, yang hadir dikehendaki memakai tshirt sekolah mewakili warna rumah sukan masing-masing. Acara Larian ini dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Sesi taklimat khas diberikan kepada murid diikuti dengan acara senamrobik melibatkan murid dan guru-guru.

Kemuncak program ini adalah acara perasmian, yang disempurnakan oleh Pn. Umai Guliling mewakili Pengerusi PIBG  SMK Taman Tun Fuad.

Pada jam 6.40 pagi, Pn. Halija Hj. Jonggang  telah menyempurnakan acara melepaskan  larian kumpulan pertama terdiri daripada kumpulan murid lelaki, disusuli dengan murid perempuan dan murid PPKI . Murid-murid yang berjaya menyempurnakan larian akan memberi mata merit kepada rumah sukan yang diwakili.

Terdapat lima kategori hadiah pemenang yang disediakan iaitu Kategori Pelajar Lelaki (Menengah atas), Kategori Pelajar Perempuan (Menengah atas), Kategori Pelajar Lelaki (Menengah rendah) Kategori Pelajar Perempuan (Menengah rendah) dan piala pusingan.

Aktiviti ini mendapat sokongan padu daripada semua ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka seawal pagi lagi. Sesungguhnya Kerjasama ini,  dapat mengeratkan hubungan jaringan pintar antara semua pihak. Program ini  juga dapat mewujudkan warga sekolah yang cergas dan sihat . Semoga program seumpama ini akan terus diperkasakan pada masa akan datang demi melahirkan warga yang sihat, cergas dan cemerlang.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply