PROGRAM IHYA’ RAMADAN SJKC ST JAMES KK

PROGRAM IHYA’ RAMADAN SJKC ST JAMES KK

Marhaban ya Ramadan~
Bulan Ramadan adalah kesempatan yang istimewa untuk membersihkan hati dan jiwa kita. Semoga Allah S.W.T memberkati setiap langkah kita dalam menjalankan ibadah puasa. Dengan itu, persediaan menyambut bulan yang penuh berkah ini Panitia Pendidikan Agama Islam telah menyusun beberapa aktiviti padat dan bermanfaat khususnya kepada anak-anak beragama Islam di SJKC ST.James KK.

Program ini dengan jelas dapat meningkatkan amalan-amalan mulia terutamanya sepanjang bulan berkah ini serta diharapkan agar amalan mulia tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan mengikut ketetapan hari seperti berikut:-

1. Tadarus Al Quran
Tarikh: 15 -25 Mac 2024
Masa: Waktu rehat setiap hari

2. Infaq Ramadan
Tarikh: 12 Mac – 5 April 2024

3. Khatam Al Quran
Tarikh: 27 Mac 2024 (Rabu)
Masa: 4:30 petang
Tempat: Dewan SJKC ST.JAMES KK

4. Iftar Perdana
Tarikh: 27 Mac 2024 (Rabu)
Masa: 6:30 petang
Tempat: Dewan SJKC ST.JAMES KK

Panitia Pendidikan Agama Islam berharap agar dengan adanya program ini, lahirnya murid-murid yang berilmu, berakhlak dan bertaqwa kepada Allah S.W.T serta dapat memberi suntikan keinsafan dan kesedaran tetang keistimewaan bulan Ramadan ini. Selain itu, adanya program ini turut merapatkan lagi hubungan silaturahim di kalangan warga St.James KK.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply