Inovasi Kolej Vokasional Likas berjaya mendapat pingat emas di peringat dunia

Inovasi Kolej Vokasional Likas berjaya mendapat pingat emas di peringat dunia

Kejayaan pelajar Teknologi Binaan Bangunan dari Kolej Vokasional Likas  (KV) Likas, Kota Kinabalu, merangkul pingat emas di International Invention & Innovative Competition ( InIIC Series 2/2020)  membuktikan kemenjadian pelajar mampu setanding arus perdana.

Inovasi Electric RC Wheelbarrow yang dihasilkan enam pelajar di bawah bimbingan Cikgu Rosman Bin Pileh, Cikgu Normalis dan Cikgu Lize berjaya memenangi hati juri mengatasi penyertaan sekolah, IPTA/IPS, Politeknik dan Universiti dari seluruh dunia.

 

kvlikas1

Pertandingan anjuran Mediate Nexus and Nurture a FastNetwork (MNNF) itu menghimpunkan peserta dari seluruh dunia  pada 30 Oktober 2020. Antara negara yang turut serta dalam pertandingan yang diadakan itu ialah Indonesia, Singapura dan Thailand. Penyertaan ini adalah koloborasi dan cetusan idea bersama Jabatan Teknologi Pembinaan dan Unit Bahasa Inggeris di bawah dorongan Cikgu Normalis dan juga Cikgu Lize.
.
Semoga Kolej Vokasional Likas beroleh kejayaan dan lebih unggul lagi di masa hadapan.

 

kvlikas4

 

kvlikas 2

 

Tahniah kepada semua yang teribat;


Advisor:


Cikgu Rosman Bin Pileh, Cikgu Normalis & Cikgu Lize


Team Leader/Member:


1. Mohd Aiman Bin Sabar
2. Aminuddin Ukrin
3. Muhd Iqmal Hakim
4. Mohd Shane Qamal

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply