Pada 8 November 2020, Taklimat Bahasa Inggeris SPM Dijajarkan kepada CEFR telah diadakan secara maya menggunakan pelantar media Google Meet. Seramai 6 orang guru Bahasa Inggeris SMK Kolombong terlibat dan taklimat ini disampaikan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Encik Didy Nicholas dan Guru Bahasa Inggeris, Cik Nur Hafizah binti Sahat. Guru-guru diberikan penerangan dan pendedahan mengenai format peperiksaan dan sistem pemarkahan Kertas 1 dan 2 Bahasa Inggeris SPM bermula 2021. Taklimat ini juga diadakan bagi memberikan persediaan kepada guru-guru yang bakal menanda Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Inggeris untuk Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 pada minggu hadapan. Semoga taklimat ini memberi manfaat kepada guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah ini.

Please follow and like us:

Leave a Reply