Assalamualaikum dan salam sejahtera.Penularan pandemik Covid 19 di negeri Sabah khususnya daerah Kota Kinabalu semakin membimbangkan  dan sedikit sebanyak menjejaskan kesejahteraan sebahagian murid sekolah. Dengan izin Guru Besar ,pentadbir sekolah dan YDP PIBG, AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Mutiara Kota Kinabalu telah mengambil inisiatif menyediakan FOODBANK SKM untuk memberikan bantuan makanan percuma kepada murid-murid SK Mutiara yang memerlukan.

Foodbank SKM ini diletakkan di astaka sekolah dan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang pada setiap hari Rabu dan Jumaat bermula pada 4 November 2020 (Rabu) sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Bagi Fasa yang pertama ini, bantuan hanya disasarkan kepada murid penerima RMT dahulu. Sebarang perubahan nanti akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan itu, pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak dan para ibubapa warga SKM samada dalam bentuk barangan makanan atau wang tunai bagi menjayakan aktiviti ini.

Antara barangan keperluan yang dicadangkan ialah beras 5 kg, tepung, gula (1kg) dan minyak masak (dlm plastik). Walau bagaimanapun, pihak pengurusan juga menerima barangan makanan yang lain.

Sumbangan dalam bentuk barangan makanan boleh dihantar ke sekolah (Pusat pengumpulan bilik UBK), manakala sumbangan dalam bentuk kewangan boleh disalurkan dalam akaun PKHEM Puan Rokiah Abdul Ghani -CIMB Bank 7037598390 dengan detail transfer Sumbangan Foodbank SKM.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan;

Ustaz Basri – 0138882442
Ustzh Patmah – 0128442410
Cg. Daisy – 0165868860
Cg. Zaijanah – 0198967575
Cg. Patiah – 0193902062

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan semua. Semoga dengan sumbangan itu dapat mengembirakan anak- anak murid kita yang memerlukan🙏

 

Guru Besar, Encik Budhi Rahmad bin Suparno bersama guru-guru

 

Penolong Kanan Kurikulum, En. A.Mohd Sharul dan guru-guru

 

 

Puan Rokiah Abd. Ghani, Penolong Kanan HEM menyerah pek makanan kepada ibubapa

 

Please follow and like us:

Leave a Reply