KURSUS DALAMAN PEMERKASAAN PT3

KURSUS DALAMAN PEMERKASAAN PT3

Kursus dalaman pemerkasaan PT3 bagi guru-guru tingkatan 1, 2 dan 3 SMK SANZAC telah dijalankan dengan jayanya pada 13 Julai 2019 (Sabtu) yang lalu bertempat di Bilik Gerakan Utama SMK SANZAC. Seramai 54 orang guru yang mengajar subjek PT3 di bawah panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, RBT, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dan Asas Sains Komputer telah hadir pada hari Sabtu yang lalu.

Kursus ini berobjektif sebagai langkah awal untuk memantapkan lagi pemahaman dan menyediakan guru-guru sebelum pelaksanaan pemerkasaan PT3 pada tahun 2020. Aspek yang dibincangkan semasa kursus termasuklah dasar dan format PT3, PBD dan Pendidikan Sivik.
Ceramah dan taklimat telah disampaikan oleh guru-guru yang terdiri daripada JU Daerah Kota Kinabalu, guru-guru yang telah menghadiri kursus peringkat PPD dan Pn Hjh Noraini Abdullah selaku Penolong Kanan Pentadbiran SMK SANZAC. Kursus diakhiri dengan pelaksanaan bengkel pembinaan item mengikut panitia masing-masing untuk memastikan objektif kursus dapat dicapai.

Tahniah guru-guru hebat SMK SANZAC atas penganjuran kursus dalaman ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply