Aktiviti perkhemahan tahun ini telah dilangsungkan di Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC pada 26, 27 dan 28 April 2019 dan dikelolakan oleh Unit Kokurikulum sekolah. Para guru penasihat daripada unit PKBM sekolah telah diberi mandat untuk menyelaraskan program perkhemahan ini. Aktiviti perkhemahan ini telah berlangsung dengan lancarnya dengan penyertaan dari 9 buah badan beruniform iaitu Persatuan Pengakap, Kadet Polis, Kadet Bersatu Malaysia (Darat), Kadet Bomba, Bulan Sabit Merah Malaysia, St. John Ambulance, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Persatuan Puteri Islam Malaysia serta dua kelab iaitu Silat Gayung Patani dan Taekwondo bersama guru-guru penasihat masing-masing. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Pertolongan Cemas, Rentas Halangan, Ikhtiar Hidup, Kawad Kaki, dan Malam Kebudayaan.

            Melalui program ini telah dapat menyerlahkan kerjasama yang erat sesama peserta perkhemahan, dengan para guru, Ajk PIBG, Anggota Bomba, Anggota St. John Ambulance dan kakitangan yang terlibat. Program telah berjalan dengan lancar dan ahli jawatankuasa yang dibentuk telah memainkan peranan masing-masing dengan baik. Program ini juga telah dapat menyerlahkan bakat para peserta perkhemahan melalui aktiviti yang diadakan. Selain daripada itu para peserta telah mendapat banyak pendedahan melalui aktiviti yang dijalankan. Penganjur ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Pengetua, Timbalan YDP, barisan pentadbir, semua guru, anggota bomba, anggota St. John Ambulance, urusetia perkhemahan,  dan semua peserta perkhemahan yang telah menjayakan aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SMK SANZAC.

 

Leave a Reply