Pertandingan Project Based Learning (PBL) 2019 Peringkat Sekolah

28 Pasukan Murid SMK SANZAC menyertai

Pertandingan Project Based Learning (PBL) 2019 Peringkat Sekolah

Begitulah peribahasa ‘Di mana ada kemahuan, Di situ ada jalan’ yang berlaku di SMK SANZAC pada 8 Julai 2019 (Isnin). 26 guru dan 168 murid telah mengambil bahagian serta melakukan penerokaan ilmu untuk menjayakan majlis ini.

Program ini diadakan untuk menggalakkan warga SANZAC melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek. Pembelajaran berasaskan projek atau lebih dikenali dengan panggilan “Project Based Learning” adalah satu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri yang kompleks bagi menyelasaikan persoalan dunia sebenar yang akhirnya akan menghasilkan suatu output pembelajaran yang efektif.

Kriteria penilaian termasuk penglibatan murid, penerokaan, penjanaan konten, rekabentuk dan inovasi, serta pembentangan. Pemenang pertandingan akan dipilih untuk meneruskan perjuangan di pertandingan PBL peringkat Daerah yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Pihak sekolah amat menghargai penilaian dan bimbingan yang diberi oleh jemputan hakim: Encik Azmy bin Ahmad, Encik Benny Kong Tze Loong, Encik Jalalemping bin Kihampau, Puan Angela Tundim dan Encik Julin Erus @ Erusi.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Haji Janis bin Abdullah, YDP PIBG SMK SANZAC. Tuan Haji Janis berkata, beliau teruja dengan bakat yang ditonjolkan pelajar dalam pertandingan PBL itu. Beliau berharap pertandingan seperti itu diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang berbakat besar dalam bidang pembelajaran berasaskan projek. 12 pasukan telah diberi anugerah Emas dan 18 pasukan yang lain memperolehi anugerah Perak dalam pertandingan ini.

Tahniah kepada SMK SANZAC atas penganjuran hebat di peringkat sekolah ini.

 

 

 

 

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of