Month: April 2019
-

#TB M.A.K (Majlis Anugerah Kecemerlangan) 2019
Majlis telah dimulakan dengan ucapan Pn. Mary Macdalena A Komuji, Pengetua Cemerlang SM La Salle dan seterusnya dirasmikan oleh YB Tuan Awang Husaini Bin Datuk Awang Sahari, Ahli Parlimen P.173 Putatan. Berita lanjut boleh didapati melalui pautan berikut : https://lasalle.edu.my/2019/04/10/tb-m-a-k-majlis-anugerah-kecemerlangan-2019/
-

Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah & Perasmian Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
18/02/2019 (ISNIN) – SK Lapasan Kota Kinabalu dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis daerah Menggatal mengadakan Program Jom ke Sekolah & Perasmian Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Sekolah (Pps).Program ini diadakan bertujuan mengalakkan murid-murid datang ke sekolah setiap hari,memberi info & maklumat tentang keselamatan keberadaan di dalam & luar sekolah.Perasmian ini telah dirasmikan oleh Sarjan Kamarul bin…
-

Kejohanan Terjun Antarabangsa Age Group 2019
Atlet terjun SSMS membawa pulang 2 perak dan 4 gangsa dalam Kejohanan Terjun yang diadakan di Pusat Akuatik Kebangsaan, Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil. Penerjun yang cemerlang dalam kejohanan ini ialan Muhammad Firas Bin Shahrum Azam dan Marvell Vincent Voo masing-masing memenangi pingat perak dalam acara platform.
-

Aktiviti Derma Darah d SMK Bandaraya Sumbangan Bermakna Kepada Masyarakat
10 April 2019- Tempat: Dewan Makan SMK Bandaraya Kota Kinabalu-Sempena Bulan Sains & Matematik 2019, aktiviti derma darah telah dianjurkan dengan jayanya dan mendapat kerjasama semua warga sekolah termasuk sebilangan pelajar yang telah mendapat kebenaran ibu bapa masing-masing ,telah sudi menjadi penderma darah. Semoga aktiviti amal seperti ini menjadi amalan baik yang boleh dicontohi oleh…
-

Pertandingan Public Speaking peringkat Daerah Kota Kinabalu 2019
Pada 9 April 2019, seorang pelajar SM All Saints iaitu Jeriel Yong dari Tingkatan 5 Amanah telah mengambil bahagian dalam pertandingan Public Speaking peringkat Daerah Kota Kinabalu 2019. Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Pulau Gaya. Keputusan pertandingan; pelajar tersebut iaitu Jeriel Yong telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Public Speaking. Pelajar tersebut akan mewakili Daerah…
-

Pertandingan Poetry Recitation peringkat daerah Kota Kinabalu
Pada 4 April 2019, dua orang pelajar SM All Saints iaitu Iva Latius dan Fernanda Tojuka daripada Tingkatan 2 Amanah telah mengambil bahagian dalam pertandingan Poetry Recitation peringkat daerah Kota Kinabalu. Pertandingan tersebut telah diadakan di SM St Francis Convent. Keputusan pertandingan: SM All Saints telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.
-

Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Ala Parlimen Peringkat Daerah Kota Kinabalu
Pada 1-2 April 2019, SM All Saints telah menjadi tuan rumah Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Ala Parlimen Peringkat Daerah Kota Kinabalu. Sebanyak 14 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Keputusan pertandingan: Tempat pertama: SM All Saints Tempat Kedua: SM Maktab Sabah Tempat Ketiga: i) SM St Francis Convent ii) SM La Salle Seramai…
-

SKIL JUARA BOLA SEPAK ZON INANAM 2019
(INANAM:10 APRIL 2019): SK Inanam Laut menjadi juara pertandingan bola sepak bawah 12 tahun MSSD tahun 2019. Dalam pertandingan akhir SK Inanam Laut menewaskan SK Inanam Dua menerusi sepakan penalti setelah kedudukan terikat tanpa jaringan dalam masa permainan sebenar. Untuk rekod, ini adalah tahun ketiga berturut-turut SK Inanam Laut menjadi juara setelah memenanginya pada tahun …
-

WATIKAH LANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH,PENGAWAS PUSAT SUMBER,KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS 2019
11/02/2019 (ISNIN) – SK Lapasan Kota Kinabalu mengadakan watikah lantikan pengawas sekolah,pengawas pusat sumber,ketua kelas & penolong ketua kelas.Watikah ini disampaikan oleh Pn.Supiah bt Hj.Noor (Guru Besar) di Dewan Terbuka SK Lapasan. Penyampain lantikan Ketua Pengawas Sekolah kepada adik Pquiera Arabella Sesi bergambar bersama Pengawas Sekolah 2019
-

LAWATAN MURID SKBI KE COCOA KINGDOM ANJURAN SHANGRI LA TG ARU
Tarikh : 04 April 2019 (Khamis) Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari Tempat: Cocoa Kingdom, Tanjung Aru Seramai 12 orang murid dan 3 orang guru pengiring dari SK Bantayan Inanam terlibat dalam lawatan ini. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang persekitaran sebenar pembuatan coklat. Murid dapat menimba ilmu dan idea untuk memantapkan…
-

PROGRAM IKATAN TALI BERSAMA PENGAKAP KELANA ZON INANAM DI SK BANTAYAN
Tarikh: 03 April 2019 Masa : 7.00 – 9.00pagi Tempat : Dewan Terbuka SK Bantayan Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan membantu murid menguasai kemahiran membuat ikatan dan simpulan. Kemahiran yang dipelajari ini juga akan digunakan dalam pertandingan ikatan semasa Perkhemahan Perdana Unit Beruniform pada bulan Mei.
-

CERAMAH KESIHATAN: HFMD DI SK BANTAYAN, ANJURAN SHANGRI LA TG ARU RESORT
Tarikh : 03 April 2019/ Rabu Tempat : Dewan Terbuka SK Bantayan Masa: 9.00am Ceramah diberikan oleh Mr.Irving Jirim Toysim wakil daripada Shangri La Tg Aru Resort. Seramai 250 orang murid yang terlibat. Ceramah yang diberikan adalah berkaitan dengan pengurusan dan kebersihan diri bagi mengelakkan HFMD.
-

Ceramah Communicative Skills and 21st Century Career
5/3/2019, Selasa, 8.40-10.10am, Peserta – 68 pelajar T6 Atas. Tempat di Kelas 6 BSS2 di Blok T6. Unit Kurikulum T6 telah mengendalikan Ceramah Communicative Skills and 21st Century Career. Disampaikan oleh Cik Jasmine Leong, Pengarah Eksekutif IEC (Inter Education Consult). Pengisian : Pendedahan kepada pelajar tentang kewujudan bidang kerjaya baharu, perbezaan jenis kerjaya dahulu dan…
-

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Kota Kinabalu Tahun 2019
SMK Tebobon , 16 Mac 2019 – Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Kota Kinabalu Tahun 2019 telah berlansung dengan jayanya. SMK Tebobon telah diberi amanah untuk menganjurkan majlis tersebut, Sekolah-sekolah yang bertanding adalah SMKA Kota Kinabalu, SMK Tebobon, SMK Likas, SMKA Tun Ahmadshah, SMK La Salle, SMK St. Francis Convent…
-

Bengkel Penulisan Kertas Kerja Lawatan Amal
16/1/2019, Rabu, 2.00-4.00ptg, Tempat di kelas 6ASS2 di Blok T6. Unit Beruniform T6 St John Ambulans telah mengendalikan Bengkel Penulisan Kertas Kerja Lawatan Amal. Bengkel telah dikendalikan oleh guru-guru penasihat UB St John Ambulan. 24 orang pelajar telah diberi pendedahan tentang cara penulisan, format dan tatabahasa yang betul.
-

Ekspo Akademik 2019
Syabas dan tahniah kepada warga SM St. Peter Telipok kerana merealisasikan Ekspo Akademik 2019 dengan jayanya! Sokongan yang padu pihak pentadbir, dan dedikasi serta komitmen setiap Panitia-Ekspo Akademik 2019- sesungguhnya mempamirkan kemenjadian murid! Program yang bermula seawal 9.30 pagi mempersembah pertandingan pidato, tarian etnik & moden, choral speaking, running Math & Science, FunRun PSK, pertandingan…
-

Ceramah ‘University Lifestyle’ oleh Management & Science University
14/2/2019, Khamis, 8.40-10.10am, Peserta-68 pelajar Ting6 Atas. Tempat di Kelas 6BSS2 di Blok T6. Unit Hal Ehwal Murid T6 telah mengendalikan . Disampaikan oleh En Marcel Kuiming, Pensyarah Kanan MSU. Pengisian: Pendedahan awal tentang kehidupan seorang pelajar di universiti awam dan swasta (suasana pembelajaran, kursus-kursus yg ditawarkan, subjek-subjek yg dipelajari setiap semester, yuran pengajian, aktiviti…
-

Majlias Anugerah Kecemerlangan Maktab Sabah 2019 Edisi 2018
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Maktab Sabah 2019 bagi edisi 2018 telah berlangsung pada 9 April 2019. Majlis Anugerah yang dilaksanakan khas untuk memberi pengiktirafan kepada kejayaan pelajar Maktab Sabah atas pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kokurikulum. Majlis yang berlangsung di Dewan Perdana Maktab Sabah itu telah dirasmikan oleh Ybhg. Encik Umin Hj. Sadi…
-

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Talungan, Telipok 2019
Jawatankuasa Kokurikulum SK Talungan, Telipok telah berjaya mengadakan program tahunan perkhemahan perdana tahun 2019 yang bertarikh 22 hingga 24 Mac yang lepas. Perkhemahan ini telah diadakan di padang SK Talungan dan disertai oleh 40 orang ahli unit beruniform Pengakap dan Tunas Puteri SK Talungan. Antara objektif utama Perkhemahan Perdana ini dilaksanakan adalah untuk Mendedahkan para…
-

Sub PLC Bestari 4 Anjur Bengkel CorelDraw
3 April 2019, Sekali lagi Sub PLC Bestari 4 menganjurkan bengkel bersama AMC College. Bengkel CorelDraw merupakan latihan untuk guru daerah Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh Tutor AMC. Selain daripada Guru Penyelaras Bestari Sub PLC 4, guru-guru disekitar juga menyertainya. Seramai 15 orang guru yang terlibat. Turut hadir dalam bengkel tersebut PK Kokum SK Inanam…
-
