Smk Likas mendapat 4 anugerah dalam Majlis Apresiasi dan Karnival CIP anjuran PPDKK.

Smk Likas mendapat 4 anugerah dalam Majlis Apresiasi dan Karnival CIP  anjuran PPDKK.

Majlis Apresiasi dan Karnival CIP (Create, Inovate & Produced) anjuran PPDKK telah diadakan pada 13.April.2018 (sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang bertempat di Oceanus Waterfront, Kota Kinabalu.

Pameran CIP adalah berdasarkan 1 sekolah 1 projek bertemakan Komuniti pembelajaran Profesional (PLC) pemangkin kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Dalam majlis ini, Smk Likas mendapat anugerah penghargaan iaitu anugerah GPMP untuk subjek Pendidikan Islam dan Sejarah (2016-2018), Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah (ASISS) 2018 dan Anugerah Pengurusan Pendidikan Islam 2018.

Smk likas turut mempamerkan projek hasil daripada inovasi musolla nurul iman iaitu smart mobile wudhuk dan hujatrun nisa’. Hujatrun nisa’ (kamar wanita) dihasilkan untuk membantu para wanita mengambil wudhuk di tempat terbuka tanpa perlu risau aurat terdedah. Smart mobile wudhuk pula dihasilkan untuk membolehkan pelajar mengambil wudhuk dengan cepat apabila hanya ada satu punca air. Ianya juga sering digunapakai semasa sukan sekolah, perkhemahan perdana dan aktiviti luar.

Selain pameran pendidikan, PPD juga memberi pengikhtirafan dan memberi penghargaan kepada sekolah-sekolah dan guru-guru yang memberi komitmen serta kecemerlangan pada tahun 2018.

Sebanyak 50 pameran disertai oleh sekolah rendah dan 23 penyertaan dari sekolah menengah dalam karnival kali ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply