SK Ruminding tidak ketinggalan turut menyertai Kejohanan Olahraga MSSDKK bertempat di Kompleks Sukan Likas pada 26 hingga 28 Februari yang lalu.

Adik Jennifer Jerry pelajar tahun 5 yang telah menyertai acara Lompat Jauh kategori P12 hanya mampu mendapat tempat ke-5 dalam temasya yang telah berlangsung selama 3 hari itu.

Menurut Guru Pengiring merangkap jurulatih sekolah En Losius Marasim beliau meletakkan harapan tinggi untuk cuba memastikan kedudukan podium dalam acara yang sama tahun hadapan.

Encik Umin Hj Sadi Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah meluangkan masa menyempurnakan upacara penutup kejohanan yang gilang gemilang itu.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan