Larian Gumantad 1.0 SK Ruminding 2019

4 FEBRUARI 2019

SK RUMINDING baru-baru ini telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga bertempat di sekitar kawasan sekolah dan Kampung Ruminding dan antara acara yang paling istimewa ialah Larian Gumantad yang berjaya menarik penyertaan seramai 50 orang secara keseluruhannya.Program yang bertemakan Gaya Hidup Sihat Ruminding Style itu terdiri daripada 5 kategori iaitu terbuka lelaki dan wanita, veteran lelaki dan wanita, serta satu kategori pelajar sekolah rendah.

Jarak larian bagi semua acara ialah sejauh 1.5 km tetapi stamina para peserta pastinya teruji apabila terpaksa melalui laluan berbukit hampir sepanjang larian ke tempat penamat di padang SK Ruminding.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh YDP PIBG dan Pengerusi Komuniti setempat.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of