Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (DARAT) SMK SANZAC semakin cemerlang.

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (DARAT) SMK SANZAC semakin cemerlang.

Perkhemahan PKBM (DARAT)
Peringkat Negeri Sabah 2019

Tarikh : 7-12 April 2019 (Bakal berlangsung)
Tempat : Kem Paradise Kota Belud Sabah.
Guru Penasihat : Mohamad Azudin Abdullah (Ketua Guru Penasihat), Ajmi Mahajul, Herman Bahar, Surin Jalaludin dan Ustazah Norafidah.

SMK Sanzac telah berjaya dan bersedia untuk mengikuti perkhemahan PKBM peringkat Negeri Sabah dengan kekuatan 30 orang kadet yang akan dijalankan di Kem PLKN Sinar Jaya Kota Belud.

Latihan sebagai persiapan telah dijalankan dan dilatih oleh Staf dari Kem Lokawi. Latihan telah bermula sejak bulan Januari 2019 sebagai persediaan mantap bagi pertandingan yang bakal disertai. Beberapa pertandingan akan disertai oleh pasukan kadet SMK SANZAC pada perkhemahan tersebut.

Berikut merupakan acara yang akan dipertandingkan:

  1. Kawad Senjata
  2. Rentas Halangan
  3. Pandu Arah
  4. Menembak
  5. Kawad Kaki

Marilah kita sama-sama berdoa agar Pasukan Kadet PKBM (DARAT) SMK SANZAC akan kembali ke sekolah dengan kejayaan.

TAHNIAH PASUKAN KADET PKBM SMK SANZAC DAN SEMOGA BERJAYA!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply