PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN PERSIDANGAN MODEL UNITED NATIONS DI FALU FRIGYMNASIUM SWEDEN

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN PERSIDANGAN MODEL UNITED NATIONS DI FALU FRIGYMNASIUM SWEDEN

Tarikh:  7-19 Mac 2019

Tempat: Falu Frigymnasium, Falun, Sweden

SMK SANZAC sangat bertuah kerana telah dijemput untuk menyertai program pertukaran pelajar ke luar negara iaitu Negara Sweden dan melalui persidangan Model United Nations di Falun, Sweden. Bulan bertuah iaitu bulan Mac tahun 2019, SMK SANZAC dan beberapa sekolah lain di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Papar dijemput untuk menyertai Model United Nations yang dianjurkan oleh Falu Frigymnasium di Falun, Sweden.

SMK SANZAC  telah diwakili oleh Daleela Hanna binti Khairil (pelajar)  dan guru pengiring Puan Rosalind Gima. Program selama 4 hari ini melibatkan aktiviti seperti pembentangan resolusi setiap komiti, melobi, perdebatan terbuka dan Perhimpunan Agung di mana objektif program ini adalah simulasi pendidikan dan aktiviti akademik di mana pelajar dapat belajar mengenai diplomasi, hubungan antarabangsa, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersama pelajar-pelajar dari luar Negara. Selain itu, rombongan  juga dibawa melawat Kedutaan Malaysia di Stockholm, Sekolah Falu Friigymnasium , Falu Copper Mine dan Falu Energi & Vatten iaitu tempat pengumpulan kitar semula yang terbesar di Falun.

TAHNIAH KEPADA ADIK DALEELA HANNA DAN JUGA GURU PENGIRINGNYA PUAN ROSALIND ATAS KEJAYAAN YANG AMAT MEMBANGGAKAN SELURUH WARGA SMK SANZAC.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply