Bengkel Kokurikulum bagi warga pendidik SMK SANZAC.

Bengkel Kokurikulum telah diadakan di Institut Aminuddin Baki cawangan Sabah pada 23 Februari 2019. Bengkel tersebut bermula pada 8.00 pagi dan tamat pada 2.00 petang.

Salah satu objektif bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan kefahaman terhadap tanggungjawab, intergriti dan kebolehlaksanaan program serta kesedaran keselamatan aktiviti kokurikulum dalam kalangan guru. Selain itu, objektif bengkel tersebut adalah untuk mengasah kemahiran mengurus organisasi dalam kalangan guru dan meningkatkan pengetahuan dalam melaksanakan aktiviti. Di samping itu, objektif bengkel tersebut juga adalah untuk meningkatkan tahap kualiti pengurusan organisasi dalam kalangan guru berdasarkan SKPMg2 dan membina kerjasama erat dalam kalangan guru dan pentadbir mengurus aktiviti kokurikulum.

Seramai 4 orang penceramah dan fasililator iaitu Encik Norman bin Sani, Encik Salleh bin Ismail Kong, Encik Madzani @ Saidie Nusa dan Dr. Sainah Limbasan telah memberi ceramah dan memberi bimbangan kepada guru semasa penyediaan RPH bagi aktiviti perjumpaan Unit Beruniform. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang bengkel adalah seperti ceramah, perbincangan kumpulan tentang penyediaan RPH perjumpaan Kokum dan sesi praktikal semasa perjumpaan Kokum.

TAHNIAH UNIT KOKURIKULUM SMK SANZAC!

Penceramah sedang memberi ceramah

Guru sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan

Penolong Kanan Pentadbiran sedang menjawab soalan penceramah

Cikgu Norismairwan mengemukakan soalan semasa sesi soal jawab

Fasilitator sedang memberi bimbingan semasa aktiviti kumpulan

Penyediaan RPH bagi aktiviti Kokurikulum

Sesi praktikal bagi RPH yang telah dirancang

Sesi praktikal memasang khemah

Penyampaian sijil penghargaan bagi penceramah bengkel

Be the first to comment on "Bengkel Kokurikulum bagi warga pendidik SMK SANZAC."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar