21 Februari 2019, Khamis bertempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah (PPKPNS) Pejabat Pendidikan Dearah Kota Kinabalu telah melaksanakan bengkel Peningkatan Profesionalisme kepada 33 orang barisan Pentadbir Pertengahan Sekolah Menengah. Bengkel tersebut merupakan inisiatif daripada amalan naratif baharu Pendidikan yang diwar-warkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang antara intipatinya Pembangunan Kapasiti Guru. Melalui bengkel ini, golongan sasaran iaitu Guru Kanan mata Pelajaran (GKMP) diharap menjadi kumpulan sokongan yang berkesan di sekolah khususnya kepada guru-guru di bawah bidang masing-masing.





Semua GKMP yang terlibat telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang bengkel tersebut. Semoga pendedahan ini akan memantapkan lagi tahap kompetensi GKMP daerah Kota Kinabalu dan seterusnya berimpak secara langsung kepada kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Bengkel ini telah dijayakan oleh SISC+ PPD Kota Kinabalu.