SKIL TUAN RUMAH PIDATO 2019

(INANAM: 28 FEBRUARI): SK Inanam Laut (SKIL) telah menjadi tuan rumah Pertandingan Pidato Sekolah Rendah Daerah Kota Kinabalu 2019, yang berlangsung pada 28 Februari 2019. Pertandingan yang disertai oleh 13 buah sekolah rendah di sekitar daerah Kota Kinabalu dijalankan di Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Inanam Laut.

Walaupun peserta tuan rumah gagal mendapat kedudukan terbaik (tempat pertama hingga ketiga), namun semangat juang dan keberanian yang ditunjukkan cukup membanggakan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply