Johan Pertandingan Pidato Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kota Kinabalu telah dinobatkan kepada adik Balqis Zafirah Binti Nasrulhakim dari SK Sri Gaya. Pertandingan kali ini telah dilangsungkan pada 28 Februari 2019 di SK Inanam Laut dan disertai oleh 13 orang peserta dari sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu. Terima kasih diucapkan kepada peserta dan juga cikgu Kamsiati yang telah bertungkus lumus mencungkil bakat dan mendidik calon sekolah! Syabas & tahniah kepada semua!
Posted inSEKOLAH RENDAH
SK Sri Gaya Juara Pidato Kota Kinabalu
