SANZAC JUARA KESELURUHAN – SABAH INVENTION & DESIGN EXHIBITION (SINDEX)

SANZAC JUARA KESELURUHAN – SABAH INVENTION & DESIGN EXHIBITION (SINDEX)

Tarikh: 19 MEI 2018

Tempat: Wisma Wanita

Penganjur: ROTARY CLUB

Peringkat: Negeri

 
 
Tuah SANZAC bukan sahaja dalam memenangi peringkat Zon 1 malahan peringkat keseluruhan di negeri Sabah. SANZAC berjaya membawa pulang “Chief Minister’s Trophy” dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM7000, 4 telefon pintar Huawei, setiap satunya bernilai RM3000 seunit dan 4 telefon pintar Xiaomi setiap satunya bernilai RM1000 seunit.

Pertandingan ini membuka peluang dan ruang kepada pelajar untuk mengetengahkan produk Inovasi hasil ciptaan pelajar. Selain itu, ia dapat membina kreativiti dan keyakinan kepada murid dari segi penghasilan produk berkualiti yang memberi impak kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya dalam mereka yang aktif dalam bidang sukan dan pekerja binaan serta para petani.

YAB Wilfred Madius Tangau berkata, “Saya inginkan anak-anak muda Sabah untuk berkecimpung di dalam bidang inovasi serta menjadi insan kreatif dalam menaikkan STEM untuk mengharumkan nama SABAH.”

Tahniah SMK SANZAC!

SEHATI SEJIWA MEMACU JAYA!

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply