Iftar Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

Majlis Iftar PPD Kota Kinabalu telah dibuat di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu pada 25 Mei 2018 bersamaan hari Jumaat yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Dr Mohd Kassim Mohd Ibrahim yang cukup suka dengan PPD Kota Kinabalu kerana ianya mempunyai banyak kenangan dalam mengurus PPD Kota Kinabalu dahulu semasa menjadi Pegawai Pendidikan Daerah pada ketika itu.Yang turut sama bersama beliau adalah Ketua Sektor Pendidikan Islam Dr Mohd Kassim Bin Tusin. Pegawai Pendidikan Daerah Umin Hj Sadi turut meraikan Timbalan Pengarah dalam majlis tersebut.

Kehadiran semua para pegawai dan kakitangan sokongan di Majlis Iftar itu sangat baik memperlihatkan bagaimana PPD Kota Kinabalu memberikan sokongan kepada program yang dirancang oleh mereka.Majlis telah berakhir dengan solat terawih bersama sama Timbalan Pengarah dan Ketua Sektor Pendidikan Islam.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of