UNICEF BORNEO MARATHON – SANZAC STAND TOGETHER

Tarikh: 06 MEI 2018

Tempat: Stadium Likas, Kota Kinabalu

Penganjur: UNICEF BORNEO MARATHON

Peringkat: Antarabangsa

Guru Pengiring: Dr. Shirley Tay Siew Hong (Pengetua Cemerlang JUSA C), Hajah Noraini binti Abdullah (Penolong Kanan Pentadbiran), Sapri bin Lakim (Penolong Kanan Ko-Kurikulum), Asnimah binti Aslie, Siti Aliah binti Ismail, Kuit Vui Ket dan Lim Yi Wei.

60 peserta daripada SMK SANZAC telah menyertai Marathon Run ini. Tema UNICEF Borneo Marathon pada tahun ini ialah StandTogether. Seramai 10,000 peserta menyatakan sokongan dengan menyertai larian UNICEF Borneo Marathon sempena kempen #StandTogether. Objektif kempen #StandTogether ini adalah menyeru masyarakat untuk bersama-sama menyatakan sokongan kepada mangsa buli bahawa mereka tidak keseorangan, seterusnya menolak perilaku pembuli.

Memandangkan SMK SANZAC telah dinobatkan sebagai ‘Sekolah Paling Baik Hati di Malaysia’ pada tahun ini, para guru dan para pelajar sekolah kita telah dijemput untuk menyertai UNICEF larian sejauh tiga kilometer bersama dengan kanak-kanak yang kurang upaya. Sepanjang larian, pelajar kita digalakkan untuk menemani dan memberi sokongan kepada peserta kanak-kanak yang kurang upaya, sekaligus menjadi simbolik kepada usaha untuk sentiasa berbaik hati. Selain itu, pelajar kita juga dijemput untuk membentangkan aktiviti-aktiviti baik hati yang telah dijalankan sepanjang minggu baik hati.

Tahniah SMK SANZAC. “The Kindest School in Malaysia!”

Be the first to comment on "UNICEF BORNEO MARATHON – SANZAC STAND TOGETHER"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar