Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SMK Taman Tun Fuad

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SMK Taman Tun Fuad

26 April 2024 – Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dijalankan bertempat di dewan SMKTTF, bangunan PPKI  dan kawasan kantin sekolah. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru-guru dan murid-murid, menanam rasa kecintaan terhadap kebesaran Allah tentang keistimewaan bulan Syawal, memupuk minat terhadap aktiviti-aktiviti persembahan bertemakan Hari Raya Aidilfitri dan membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti sekolah. Sokongan padu daripada semua guru, murid dan ibu bapa telah membantu menjayakan program ini. Turut memeriahkan majlis ini ialah Tuan Suhaimi Bin Haji Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Tuan Kassim Bin Wiro, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Pegawai-pegawai dari PPDKK , pengetua-pengetua daerah Kota Kinabalu yang antaranya terdiri daripada Pn Faridah Raimin, Pn Rosnani Sidin, dan En Han Wai Kuan,  AJK PIBG, Pegawai Perhubungan Polis dan Pengetua Kolej MSU. Murid-murid, guru-guru, AKP, pekerja pembersihan serta keselamatan berbilang bangsa dan agama sama-sama meraikan Aidilfitri. Selain daripada jamuan Aidilfitri, pertandingan “booth” terbaik dan nyanyian lagu-lagu Hari Raya juga dijalankan. Keharmonian dan keakraban guru serta murid yang berbilang agama dan bangsa ini dapat dilihat melalui kerjasama dalam menyediakan juadah, “booth” kelas dan memakai pakaian bertemakan Hari Raya. Sesungguhnya program seumpama ini telah dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan bertoleransi.

Pn Halija Hj Jonggang, Pengetua SMKTTF bersama En Suif Sainan , Pengetua MSU dan rombongan dari PPDKK yang diketuai oleh Tuan Suhaimi Bin Hj Matshah dan Tuan Kassim Bin Wiro.

Guru-guru SMKTTF dan barisan pengurusan sekolah.

Pn Aryani Arshad, Timbalan YDP PIBG dan barisan AJK PIBG.

Pn Aryani menyampaikan hadiah kepada pemenang booth terbaik.

Antara “Booth” dan “Potluck” mengikut kelas masing-masing

Tuan Suhaimi dan Tuan Kassim menyampaikan sumbangan sampul raya kepada murid PPKI.

Ucapan perasmian pengetua.

Bacaan doa dipimpin oleh murid.

Persembahan nyanyian oleh murid PPKI.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply