7 Oktober 2022 – Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW dengan mengikuti agama dan cara hidupnya mengamalkan sunnahnya ,mematuhi perkataan dan Perbuatan baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya Ini merupakan kesan daripada perasaan cinta terhadap Rasulullah S.A.W. Sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam Al- Quran, Firman Allah SWT : Sesungguhnya engkau ( Wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang mulia. ( al-Qalam:4 ). Oleh itu, wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah S.A.W dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung serta peranannya

 

Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat SMK Taman Tun Fuad  bagi tahun 1445H/2022 M yang bertemakan “ Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran “ telah diadakan pada 07 Oktober 2022  bertempat di Dewan Terbuka SMK Taman Tun Fuad. Sambutan  ini  dianjurkan oleh Panitia Agama Islam  SMK Taman Tun Fuad.  Ianya melibatkan semua warga sekolah yang beragama islam iaitu murid-murid PPKI, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 serta semua guru-guru dan PIBG.

 

Majlis pada pagi itu dimulaikan dengan sesi perhimpunan guru dan murid bagi menerangkan perjalanan aktiviti pada hari itu. Seterusnya bacaan selawat beramai-ramai. Diikuti dengan bacaan  doa , ucapan  pengetua  Puan Halija Binti Hj Jonggang. Majlis sambutan diserikan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Ustaz. Arbaen Bin Shawal , Beliau merupakan Penolong Pegawai Pendidikan Unit Pendidikan Islam Sektor Pembelajaran PPDKK. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk   Rasullah S.A.W  Aspirasi Kecemerlangan Ummah. Ceramah yang bermula pada  jam 10.00 pagi diakhiri tepat pada jam 10.40 pagi.

 

Sebaik sahaja ceramah selesai, majlis diteruskan lagi dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Soutul Fuad, Seterusnya,  penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah menyertai dalam pertandingan. Antara aktiviti yang dipertandingkan sepanjang minggu tersebut ialah Pertandingan Bacaan Al-Fatihah, Pertandingan Laungan Azan, Pertandingan Lagu Kerohanian dan pertandingan menulis khat.   Para pemenang pertandingan dianugerahkan pelbagai bentuk hadiah seperti hamper, wang dan sijil.

 

Program ini memberi impak yang sangat baik  kepada semua warga  SMK Taman Tun Fuad terutamanya dari segi membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti sekolah . Selain itu, progam ini  mengingatkan kita  tentang perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan Islam serta  mengingatkan kita supaya memperbanyakkan selawat kepada Rasul S.A.W  sebagai bukti rasa sayang dan taat  kepada baginda.

 

 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan