WEBINAR iJUARA SPM ONLINE: MOMENTUM KEJAYAAN SPM SMK KOLOMBONG

WEBINAR iJUARA SPM ONLINE: MOMENTUM KEJAYAAN SPM SMK KOLOMBONG

Pada 17 November 2020, Webinar iJuara SPM Online: Momentum Kejayaan SPM SMK Kolombong telah dianjurkan oleh Majlis Pemimpin Murid (MPM) SMK Kolombong secara maya menggunakan pelantar media Zoom dan Facebook Live. Webinar ini disertai oleh guru-guru, AJK PIBG, ibu bapa dan murid-murid SMK Kolombong. Sesi webinar ini telah disampaikan oleh Encik Norhasdi Hassan@Pak Boi yang merupakan mantan YDP PIBG SMK Kolombong, Motivator dan Selebriti Radio Sabah FM. Pak Boi telah memberikan penerangan dan pendedahan mengenai cara-cara untuk berjaya dalam pelajaran dan sentiasa berfikiran positif dalam menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) di musim pandemik Covid-19 ini. Semoga webinar ini memberikan manfaat kepada semua guru, AJK PIBG, ibu bapa dan murid SMK Kolombong.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply