PROGRAM AADK   

Satu program di bawah penganjuran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu telah diadakan pada 18 Julai 2020 (Sabtu) dari 9 pagi hingga 1 petang melalui aplikasi Anymeeting.  Program bernama “Program Intelek Asuhan Rohani ” (PINTAR ) disertai seramai 100 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Api Api. Melalui Program ini, murid dapat memahami dan mengetahui bahayanya dadah dan penularan Covid-19. Antara pengisian program tersebut ialah ceramah dadah & Covid-19, ceramah motivasi, kuiz dan penghasilan video pendek.

Untuk pertandingan video pendek, Johan dimenangi oleh Shahfizan Aqiff Muzaffar, Naib Johan dimenangi oleh Mohd Fahri Danish, dan Tempat ketiga dimenangi oleh Fariq Yuzairy. Sementara itu, Dayang Khayisha Isabelle Datu Khanafy memenangi hadiah pelajar terbaik.

 

Sehubungan itu, pertandingan kuiz Johan dimenangi oleh Ethan Chung Jun Haou, Naib Johan dimenangi oleh Zarif Bin Razif dan tempat ketiga dimenangi oleh Scarlett Tan Yin Hong.

 

 

Please follow and like us:

Leave a Reply