Lawatan Penandaarasan Sekolah-Sekolah PPD Petaling Perdana Ke SK Tanjung Aru II

Lawatan Penandaarasan Sekolah-Sekolah PPD Petaling Perdana Ke SK Tanjung Aru II

14 September 2019 – SK TANJUNG ARU II KOTA KINABALU telah menerima kehadiran rombongan rakan guru dari PPD Petaling Perdana, Selangor iaitu dari SK Taman Alam Megah, SK Bandar Sunway, SJK (T) Ladang Allagar, SJK (T) Ladang Lenggeng dan SK Puncak Alam 3. Lawatan Penandaarasan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta program berkaitan pengurusan SK Tanjung Aru II. 

Rombongan seramai 35 orang guru ini  diketuai oleh Encik Mokhtar Bin Mahmood, Guru Besar SK Taman Alam Megah. Sebaik sahaja rombongan ini tiba, aktiviti dimulakan dengan sesi bergambar dan lawatan ke Pra Sekolah SK Tanjung Aru II. Seterusnya, rombongan ini dibawa melawat sekitar The Great Wall of SKTA2, salah satu hasil daripada program Higherly Immersive Programme (HIP).

Setelah itu, sesi taklimat diadakan di Bilik Gerakan dimana maklumat-maklumat berkaitan SK Tanjung Aru II dikongsikan seperti sejarah sekolah, program-program kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid serta pencapaian terbaik sekolah ini. Kemudian, mereka dihiburkan pula dengan persembahan tarian Aero Jam dan juga mainan alat muzik keyboard daripada murid-murid sekolah.

Para peserta rombongan turut berpeluang untuk melihat pameran aktiviti-aktiviti Professional Learning Community (PLC) dan projek-projek inovasi di Galeri Teknologi Prakarsa, Pusat Sumber Sekolah dan juga Surau An-Nur.

Setelah sesi lawatan sekitar sekolah berakhir, ahli rombongan telah disajikan dengan makanan-makanan tradisi Sabah seperti ambuyat, ikan masak ampap, agar-agar laut, lato’ dan kuih penyaram. Sambil menjamu selera, acara dimeriahkan lagi dengan persembahan lagu-lagu Sabah daripada murid-murid dan guru-guru.

 

 

 

Program Lawatan Penandaarasan di SK Tanjung Aru II berakhir sekitar jam 11.30 tengahari dan rombongan lawatan bertolak  ke destinasi yang seterusnya.

Pihak SK Tanjung Aru II amat berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan rakan-rakan guru dari PPD Petaling Perdana, Selangor Darul Ehsan pada hari ini. Selain dapat mengeratkan silaturrahim, bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman dalam bidang pendidikan, diharapkan hubungan yang terjalin dapat memberi manfaat berpanjangan kepada kedua-dua pihak.

 

 

 

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply