Muhammad Fitri Osman berjaya meraih pingat Naib Johan dalam 13th CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia, 2019

Muhammad Fitri Osman berjaya meraih pingat Naib Johan dalam 13th CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia, 2019

Seorang pelajar SMK SANZAC yang bernama Muhammad Fitri Osman, pelajar tingkatan 5 Cempaka, telah membanggakan warga sekolah dan mewakili Malaysia dalam satu pertandingan peringkat Antarabangsa Taekwondo baru-baru ini. Adik Fitri telah menyertai 13th CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia, 2019 pada 12 hingga 14 Julai 2019 yang lalu di Stadium Malawati, Shah Alam. Adik Fitri telah mendapat tempat kedua dalam kategori sparring – male featherweight 15-17 tahun.

Tahniah diucapkan kepada adik Fitri! SANZAC amat berbangga dengan pencapaian anda!

Majulah SUKAN untuk NEGARA!

 

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply